Teknik Video Bekukan Pergerakkan


Bulan puasa saya ada terbaca satu artikel berkenaan teknik video yang menjadi 'trend' baru iaitu membekukan pergerakan. Pada mulanya saya melihat ingatkan yang buat tu menggunakan gambar 'still' tapi bila lihat terdapat pusingan kipas pada video itu tahulah saya bahawa yang buat ni mesti minta semua yang ada untuk tidak bergerak.

Video yang dihasilkan sangat menarik kerana lebih 25 orang tua muda dan kanak-kanak memberikan kerjasama untuk menghasilkannya. Saya cari video itu nak tunjukkan di sini tapi tak jumpa.
Hari ini sekolah saya mengadakan majlis sambutan aidilfitri dan saya kebetulan membawa kamera Sony RX-100. Sebelum balik saya minta beberapa orang yang hadir untuk 'berlakon'. Memang payah juga nak terangkan apa yang nak dibuat, tapi alhamdulillah ada pelajar yang berikan kerjasama walaupun dia tak tahu apa yang saya nak buat.
 
 
Ini hasil kerja yang dilakukan tak sampai 5 minit dengan beberapa orang pelajar yang ditangkap muat aje. Ada pelajar yang bila saya suruh terus larikan diri tak nak berikan kerjasama...
Kita biarkan mereka..
Terima kasih kepada yang menjayakannya. Bila anda lihat anda boleh buat dengan kawan-kawan apa yang saya tunjukkan.

Post a Comment

0 Comments