SMKTIZ Terima Pengetua Baru

          Pada hari ini, tanggal 29 Julai 2013 bersamaan 20 Ramadhan 1434H, SMK Tengku Intan Zaharah mendapat satu lagi berita gembira menjelang Idul Fitri dengan ketibaan Tuan Pengetua baru,iaitu Pn Hajjah Fatimah Bt Mat Jusoh. Beliau akan menjadi Pengetua yang ke 17 sepanjang penubuhan SMK Tengku Intan Zaharah ini.
          
           Yang menariknya, Pn Hajjah Fatimah ini merupakan pengetua perempuan pertama yang akan mengemudi SMKTIZ ke landasan kecemerlangan menyambung legasi peninggalan Tn Hj Bakar Bin Jusoh yang telah dilantik sebagai orang yang paling penting dalam pendidikan daerah Dungun

               Pn Hajjah ini pernah berkhidmat di SMKTIZ ini pada tahun 2004 sehingga 2007 sebagai Penolong Kanan Pentadbiran sebelum bertukar ke SMK Paka sebagai Pengetua. Kini kedatangan beliau sekali lagi ke IZ seperti sireh pulang ke gagang demi meneruskan kecemelangan SMKTIZ sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan . 
Tuan PPD mengiringi kedatangan Pengetua Baru SMKTIZ


Guru-Guru SMK Seri Paka juga menyertai rombongan 
menghantar Pengetuanya yang bertukar ke IZ 


Pelajar mendengar amanat pertama dari Tn Pengetua baru



               


Post a Comment

0 Comments